I had decided to abandon my KPRJ story.
The one I've written so far was too long and convoluted. I have to admit that I am not a good writer. Somebody scolded me today and said I am writing crap when I showed the one I had done so far and told me to throw it away into the longkang.
I would therefore like to apologise to those who have been waiting for that story.
Anyway, I don't want that KPRJ story to suffer the same fate as the long long Khazanah's explanation on Medini in Utusan.
As compensation, here is the full speech delivered by Johor MB Datuk Abdul Ghani Othman at the 15th anniversary of Danga Bay earlier today.
It is concise and easy to understand.
UCAPAN YAB DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN, MENTERI BESAR JOHOR DI MAJLIS SAMBUTAN 15 TAHUN DANGA BAY DI PUSAT KONVENSYEN DANGA BAY, PADA 12 FEB 2012.
Bismillahiirahmaniirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
Dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Ampun Tuanku,
Patik bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh hadirin sekalian, dengan penuh hormat takzimnya merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia Binti Almarhum Sultan Idris Shah, mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Ulangtahun ke-15 Danga Bay pada petang ini.
Sesungguhnya keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku melambangkan kesungguhan dan sokongan yang amat sangat serta menambahkan lagi serinya majlis ini.
Ampun Tuanku
Patik juga menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, Paduka Putera-Putera serta Kerabat Diraja sekalian ke majlis ini.
Ampun Tuanku
Patik mohon perkenan untuk berucap kepada hadirin sekalian.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia dan
Yang Amat Dihormati Datin Seri Rosmah Mansor,
Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet,
Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Tan Sri-Tan Sri dan Dato-Dato
Serta Dif-Dif Jemputan yang dihormati sekalian.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya, dapat kita menghadiri majlis pada petang ini sempena ulangtahun ke-15 Danga Bay.
2. Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengalu-alukan kehadiran YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, dan Yang Amat Dihormati Datin Seri yang sudi meluangkan masa melawat negeri Johor, khususnya ke Danga Bay. Kehadiran YAB Dato’ Seri dalam lawatan singkat ini, tentunya turut menjadi dorongan kepada usaha-usaha memakmurkan negeri Johor yang sedang pesat membangun.
3. Kerajaan Negeri pada 15 tahun lalu melihat bahawa Johor memerlukan pembangunan yang lebih seimbang lagi menyeluruh, lebih-lebih lagi dari segi keperluan asas rakyat, bukan sahaja di bandar-bandar dan pekan-pekan bahkan di kampung-kampung.
4. Sehubungan itu kerajaan negeri menubuhkan sebuah syarikat iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur luar bandar melalui kaedah pembiayaan daripada pembangunan tanah yang dikurniakan kepada syarikat tersebut.
5. Selain pembinaan jalan-jalan kampung di seluruh negeri dan daerah, KPRJ juga membina penempatan semula perumahan setinggan termasuk di Kong Kong, Tok Siak, Bakar Batu dan Sri Stulang untuk dinikmati oleh 6,000 keluarga. Pendekatan ini membolehkan rakyat menikmati pembangunan keperluan asas tersebut dalam tempoh lebih cepat.
6. Dalam masa dua tahun pertama mulai tahun 1996, KPRJ menyiapkan 1,700 kilometer jalan kampung di 1,500 kampung di seluruh negeri Johor. Namun selepas itu, berlakulah kegawatan ekonomi dan KPRJ berdepan dengan keadaan mencabar untuk melunaskan pinjamannya kerana pembangunan tanah tidak dapat dilaksanakan.
7. Satu lagi cabarannya ialah tanah-tanah yang dikurniakan itu rata-rata merupakan kawasan paya, muara sungai, dalam air dan yang diduduki oleh setinggan.
8. KPRJ berusaha mencari pelabur untuk usahasama termasuk syarikat-syarikat yang tersenarai, tetapi mereka hanya bersedia menyertainya dengan mencadangkan nilai tanah pada harga beberapa sen sahaja setiap kaki persegi.
9. Dalam keadaan mencabar tersebut, muncul satu syarikat yang sanggup melabur dengan menilaikan tanah seluas 350 ekar itu, yang masih di dalam air, pada harga RM23 sekaki persegi. Melalui usaha ini KPRJ telah dapat melunaskan pinjaman sebanyak RM200 juta.
10. Selanjutnya pembangunan tanah-tanah tersebut dilaksanakan secara usahasama melalui kaedah Public Private Partnership (PPP) di mana kerajaan bersama-sama memegang ekuiti di dalam syarikat berkenaan iaitu Danga Bay Sdn Bhd. Pelan pembangunan Danga Bay ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
11. Pendekatan pembangunan oleh Danga Bay Sdn Bhd ialah menyediakan kemudahan rekreasi untuk orang ramai terlebih dahulu sebelum tumpuan diberikan kepada pembinaan untuk tujuan komersil. Kawasan Danga Bay yang dahulunya tidak terurus, kini telah menjadi tumpuan keluarga, khususnya pada hujung minggu untuk beriadah.
12. Setelah 10 tahun pembangunan Danga Bay dilaksanakan, Kerajaan Persekutuan melancarkan pembangunan Iskandar Malaysia pada tahun 2006 dan menyalurkan dana pembangunan untuk meningkatkan infrastruktur yang membolehkan jadinya Pembangunan Iskandar. Ini telah mengukuhkan lagi pembangunan di Danga Bay.
13. Pembangunan melalui perkongsian Public Private Partnership di Danga Bay ini berkembang daripada kawasan Barat Johor Baru, iaitu di Danga Bay, ke Timur Johor Baru yang melibatkan kawasan di Lembangan Tebrau Plentong. Seterusnya, untuk mengukuhkan jentera pembangunan ini, KPRJ-Danga Bay telah dilantik untuk pembangunan semula pusat Bandaraya Johor Bahru (CBD). Pembangunan CBD ini dijalankan bersama-sama dengan pihak-pihak yang berkepentingan di kawasan yang terlibat.
14. Justeru itu, Danga Bay dijenamakan semula dengan nama Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan ditugaskan sebagai Master Developer untuk kawasan Timur, Barat dan Tengah Bandaraya Johor Bahru. Dengan ini, Negeri Johor telah pun melaksanakan satu projek yang benar benar merupakan perkongsian di antara awam dan swasta (Public Private Partnership).
15. Semua ini dapat diterjemahkan dengan sokongan dari Kerajaan Persekutuan, dan sokongan ini berterusan melalui dana Facilitation yang kini telah diluluskan untuk pembersihan Sungai Segget sebanyak RM200 juta serta RM200 juta lagi untuk projek “The Venetian” di Sungai Danga. Kerajaan Negeri sangat menghargai keperihatinan dan sokongan kuat Kerajaan Persekutuan ini dalam usaha membangunkan Negeri Johor.
Ampun Tuanku,
Sesungguhnya segala perancangan yang telah patik sembahkan, dengan ini patik memohon perkenan dan restu Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk dilaksanakan dengan jayanya.
Akhir sekali, patik berdoa agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT, sihat walafiat, selamat sejahtera, aman sentosa dan makmur berpanjangan.
Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ampun Tuanku.